Program Persediaan ke Universiti
Program matrikulasi merupakan program persediaan untuk ke universiti. Kebanyakan pelajar hanya menghabiskan masa kira-kira selama 10 bulan di Kolej Matrikulasi sebelum menyambung pengajian di Universiti-universiti awam di seluruh Malaysia. Dalam masa 10 bulan itu, pelajar mengikuti empat mata pelajaran wajib dan beberapa subjek teras.
Untuk berjaya di Kolej Matrikulasi, pelajar perlu mempunyai skill yang baik dalam mengambil nota ringkas dan kemudian menghasilkan nota ringkas yang baik dan sedap mata memandang. Jika pelajar gagal menghasilkan nota dengan baik, sukar bagi mereka untuk menelaah semua topik yang banyak dalam masa yang begitu singkat. Apatah lagi jika mereka di universiti. Skill mengambil nota dan membuat nota ringkas sangat penting demi survival di universiti
Mengambil masa yang lama kerana kurang kreativiti dan keyakinan diri
Di dalam kelas Amali Sains Komputer, pelajar dikehendaki menghasilkan nota ringkas setiap topik. Pada sesi lepas (2016/17), contohnya untuk
Topik Introduction in IT, pelajar diminta membuat brosur berkenaan topik
tersebut. Untuk membuat satu brosur yang bagus, mereka perlu memilih isi-isi
penting untuk dimasukkan di dalam brosur. Mereka tidak boleh menulis semua yang mereka pelajari
dalam brosur. Perlu ada infografik yang sesuai dan gambar yang sesuai dengan
isi yang ingin mereka tuliskan di dalam brosur.
Apa yang saya perhatikan, mereka mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan tugasan (melebihi masa yang diperuntukkan iaitu 3 minggu) dan hasilnya kurang memberangsangkan. berikut saya kongsikan hasil kerja pelajar saya
Application of IT
Applications of IT
Mereka harus memperbaik hasil kerja mereka beberapa kali, baru lah mereka mendapat markah penuh untuk tugasan ini.
Bagi tugasan kedua pula, pelajar perlu membuat peta pemikiran bagi subtopik dalam Topik 2. Kebanyakan pelajar juga mengambil masa yang cukup lama iaitu lebih kurang tiga minggu untuk menyiapkan tiga peta pemikiran. Berikut merupakan hasil kerja pelajar
Peta Buih
Peta dakap
Terdapat pelajar yang masih tidak dapat menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan, oleh itu, mereka terpaksa menyambung kerja mereka di luar waktu amali. Bagi saya, hal ini amat membebankan mereka kerana mereka masih mempunyai kerja lain yang perlu disiapkan seperti kerja untuk tutorial, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Sebaiknya, mereka perlulah menyiapkan kerja Amali Sains Komputer sewaktu Kelas Amali Sains Komputer sahaja. Tidak perlu sambung di waktu lain.
Oleh itu, pada sesi ini (2017/18), saya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Perisian CANVA ini di dalam kelas amali saya kerana saya percaya masalah ini dapat dikurangkan. Saya hanya menggalakkan mereka menggunakan perisian ini, terpulang kepada mereka untuk menggunakannya atau tidak. Mereka masih boleh memilih untuk menggunakan Microsoft Word, Microsoft Publisher atau Microsoft Power Point jika mereka mahu.
Hasil Kerja Hilang
Antara masalah lain yang saya hadapi ialah pelajar dengan tidak sengaja menghilangkan hasil kerja mereka. Kebiasaannya, mereka menghantar hasil kerja mereka melalui portal. Ada kalanya mereka telah memuatnaik hasil kerja di ruangan yang salah, membuatkan hasil kerja sebelum ini hilang. Ada kalanya juga, hasil kerja pelajar hilang apabila hilang pendrive atau pendrive terkena virus
Apabila menggunakan perisian CANVA, hal ini boleh dielakkan kerana semua hasil kerja kita disimpan secara atas talian di dalam akaun CANVA. Untuk menghantar hasil kerja kepada saya, pelajar boleh menekan butang share. Mudah dan ringkas.
Terdapat butang share untuk pelajar kongsi hasil kerja dengan pensyarah mahupun siapa sahaja. Ia juga boleh dikongsi di media sosial. Pelajar mempunyai peluang untuk berkongsi hasil kerja mereka dengan lebih ramai orang.
Aktiviti Kolej
Selain PdP, kolej juga mengendalikan banyak aktiviti yang memerlukan banyak poster dibuat untuk menyebarkan maklumat. Tidak ramai pensyarah yang boleh menghasilkan poster untuk tujuan ini. Antara sebabnya ialah tiada pendedahan untuk menghasilkan poster dan tidak mempunyai banyak masa untuk menghasilkannya.
Oleh itu, dengan Perisian CANVA ini, masalah ini dilihat mampu diatasi, malah pensyarah bukan sahaja boleh menghasilkan poster, malah boleh menghasilkan kad jemputan, persembahan slaid untuk kuliah, infografik nota untuk diedarkan kepada pelajar dan pelbagai lagi produk lain.
Save my time as a student and Canva also have instruction for a beginner and the tutorial is very helpfully since it use a standard English... By using Canva as a student I dont have to worry if I want to open my work at any time or by using any type of computer because Canva is online design and it is automatically saved...
ReplyDelete