Skip to main content

Cara Pelaksanaan

Saya telah berkongsi dengan pelajar dan pensyarah Sains Komputer mengenai CANVA bermula pada bulan Julai 2017. Oleh kerana perisian ini sangat mesra pengguna dan interaktif, pelajar dapat menghasilkan produk pertama mereka dalam masa satu jam. Selepas mereka sudah mula belajar menggunakan CANVA, saya memberi mereka peluang untuk meneroka sendiri perisian ini dan menghasilkan beberapa produk seperti risalah, peta pemikiran, infografik dan poster.

Berikut saya kongsikan bagaimana untuk menggunakan perisian ini

1. Daftar masuk - menggunakan e-mail atau akaun Facebook 


2. Pilih design yang bersesuaian dengan idea/subjek yang ingin dikongsikan

 Pelbagai contoh produk yang boleh dihasilkan seperti risalah, brosur, buletin, sijil dan poster

Pelbagai contoh produk yang boleh dihasilkan seperti surat, persembahan slaid,kulit muka buku/majalah dan resume

3. Proses penyuntingan

Terdapat pelbagai gambar, grafik, bentuk, ikon, peta, ilustrasi dan bingkai untuk digunakan bagi mencantikkan lagi produk 

Contoh ilustrasi yang boleh diguna

Contoh graf dan carta

Ini hanya contoh untuk bahagian elements, pelajar boleh meneruskan proses penyuntingan dengan memasukkan pelabagi jenis text dan background. Pelajar juga boleh memuatnaik gambar sendiri jika tidak mahu menggunakan apa yang telah disediakan oleh canva, di ruangan upload.

Pelbagai gambar boleh dimuatnaik melalui fail peribadi atau akaun facebook

4. Hasil kerja disimpan secara atas talian

Oleh sebab semua kerja disimpan di atas talian, tiada risiko hasil kerja hilang. Jika berlaku masalah dengan komputer yang digunakan (komputer tiba-tiba mati dsb), hasil kerja tidak akan hilang. Pelajar hanya perlu log masuk kembali ke perisian CANVA.

5. Kongsi hasil kerja

Setelah mereka telah selesai menghasilkan produk mereka, saya akan meminta mereka kongsi dengan kawan-kawan bagi mendapat maklum balas daripada kawan-kawan. Daripada maklum balas tersebut, mereka akan memperbaik hasil kerja mereka sebelum mereka kongsikan dengan saya.

Saya juga akan memberi komen/ maklumbalas terhadap hasil kerja pelajar dan jika ada ruang penambahbaikan, mereka akan memperbaik dan menghantar kembali kepada saya untuk semakan. Kebiasaannya, saya memberikan maklum balas positif kerana hasil kerja mereka sangat memuaskan. 

Hanya perlu masukkan alamat email untuk kongsi hasil kerja

Jika pelajar ingin melakukan kerja secara berkumpulan, pelajar boleh berkongsi pautan kepada produk mereka dengan ahli kumpalan yang lain (maksimum 10 orang satu kumpulan). Dengan kaedah ini, pelajar boleh menyunting hasil kerja mereka bersama-sama di mana sahaja mereka berada.

6. Muat turun hasil kerja

Setelah semuanya selesai, pelajar boleh memuat turun hasil kerja mereka dalam format png, pdf, jpeg (mengikut kesesuaian saiz dan produk). Setelah itu, mereka boleh kongsikan hasil kerja mereka kepada orang lain dengan mudah dan cepat.

Muat Turun dalam fail yang kita kehendaki






Comments

Popular posts from this blog

Hasil Kerja Pelajar - Peta Pemikiran

Berikut saya kongsikan hasil kerja pelajar yang tidak menggunakan CANVA untuk Topik Dua iaitu Computer System  P elajar menggun akan peta pemikiran untuk membuat Nota Topik Dua     Peta Buih   Peta Dakap   Peta Bulatan Manakala berikut merupakan hasil kerja pelajar yang menggunakan CANVA. Hasilnya lebih cantik dan kemas. Peta Bulatan Peta Titi Peta Pokok  

Hasil Kerja Pelajar dan Pensyarah

Berikut merupakan beberapa poster yang telah dihasilkan oleh pelajar dan pensyarah dengan menggunakan CANVA. Kebanyakannya disiapkan dalam masa satu jam  Poster Pertandingan Video Kemerdekaan KMS 2017 anjuran Unit Kokurikulum  Poster sempena kejadian kebakaran Pusat tahfiz darul Quran Ittifaqiyah (dapat dihasilkan dalam masa 10 minit) Poster kelab Hoki dihasilkan oleh Nur Aqilah Bt Nor Azman (PST Modul 2) Berikut pula merupakan nota untuk matapelajaran Matematik, Fizik dan Biologi yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar. Matapelajaran Matematik, Tajuk : Differential Equation Dihasilkan oleh Kumpulan Pensyarah, Maths Guru Matapelajaran Matematik, Tajuk : Trigonometric Functions Dihasilkan oleh  Nur Shakirah Bt Shariman  (PST Modul 3) Matapelajaran Fizik, Tajuk : Unit Conversion Dihasilkan oleh Nursyafreena Najwa Bt Sarudin  (PST Modul 3) Matapelajaran Biologi, Tajuk : DNA Dihasilkan oleh Pavitha D...

Hasil Kerja Pelajar-Brochure

Berikut saya kongsikan hasil kerja pelajar yang tidak menggunakan CANVA dalam brosur, Topik Satu dalam Subjek Sains Komputer iaitu Introduction to IT.     Manakala, berikut ialah hasil kerja pelajar yang menggunakan CANVA