Skip to main content

Impak

Menjimatkan masa


Antara maklum balas yang paling banyak saya terima melalui pelajar dan pensyarah yang menggunakan CANVA ialah ia dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan satu-satu produk seperti poster, brosur dan risalah.

Pelajar saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan (termasuk masa untuk mereka membuat penambahbaikan selepas menerima maklumbalas daripada saya dan rakan-rakan sekelas mereka). Hal ini dapat melancarkan PdP dan membolehkan saya meneruskan PdP mengikut Rancangan Pengajaran Semester (RPS) yang telah ditetapkan.

Mudah digunakan -mesra pengguna & interaktif

CANVA merupakan perisian yang sangat mesra pengguna dan interaktif. Kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri menggunakannya kerana ia amat mudah dan senang digunakan. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk pelajar yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan komputer untuk menghasilkan produk. 

Merangsang pelajar untuk menjadi lebih kreatif

Pada waktu permulaan,kebanyakan pelajar akan menggunakan templat yang ada di dalam CANVA. Tetapi lama kelamaan, mereka sudah boleh menghasilkan design sendiri, mengikut kreativiti mereka sendiri. CANVA hanya menjadi titik permulaan untuk mereka menghasilkan produk yang lebih baik pada masa akan datang.

Hasil kerja mudah disimpan

Semua hasil kerja pelajar akan disimpan dalam akaun CANVA mereka secara atas talian. Tiada risiko hasil kerja hilang, malah memudahkan ia disimpan. Jika pelajar ingin menyunting hasil kerja mereka, mereka hanya perlu log masuk dan menyunting secara atas talian (di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa) dan hasil kerja akan terus disimpan dalam akaun CANVA mereka.

Berkongsi idea dan buah fikiran

Akhir sekali, perkara yang paling banyak memberi kepuasan kepada diri saya ialah pelajar berasa seronok apabil menggunakan CANVA.

Pelajar dapat berkongsi idea dan buah fikiran sesama rakan-rakan sekelas. Saya juga dapat lebih mengenali pelajar dengan lebih dekat melalui idea yang mereka kongsikan melalui hasil kerja mereka. 

Saya amat gembira kerana pelajar berasa seronok untuk berfikir, dan kemudian mereka berasa seronok untuk meluahkan rasa/idea/buah fikiran mereka melalui hasil kerja yang mereka hasilkan melalui CANVA

*Maklumbalas daripada pelajar saya mengenai CANVA boleh dibaca di ruangan komen di bawah*

Comments

  1. Amat menarik digunakan dan mudah dipelajari. Semua peringkat umur tidak kira muda atau tua dapat menggunakannya.

    ReplyDelete
  2. it is very easy to do assignments in a faster way

    ReplyDelete
  3. Canva is really interesting and easy to use compare to other application. I can design whatever I want easily.

    ReplyDelete
  4. I think canva was really good things.It help me a lot in my assignment as I can create many designs in my own creativity and also in a unique way.

    ReplyDelete
  5. One of the best design software that can be find online..totally recommended

    ReplyDelete
  6. There are variety of designs that are unexpectedly beautiful and breathtaking examples. Kind of make me want to be more creative! ^_^

    ReplyDelete
  7. Canva is an interesting application software. Easy to use and it has variety of layouts and texts and it's mostly free! It's great for beginners and students.

    ReplyDelete
  8. It's really easy to use and help me to create beautiful things. It's very convenient and I can use it anywhere and anytime.

    ReplyDelete
  9. very cool app for multipurpose. useful for all kind of people...easy and comfortable.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hasil Kerja Pelajar - Peta Pemikiran

Berikut saya kongsikan hasil kerja pelajar yang tidak menggunakan CANVA untuk Topik Dua iaitu Computer System  P elajar menggun akan peta pemikiran untuk membuat Nota Topik Dua     Peta Buih   Peta Dakap   Peta Bulatan Manakala berikut merupakan hasil kerja pelajar yang menggunakan CANVA. Hasilnya lebih cantik dan kemas. Peta Bulatan Peta Titi Peta Pokok  

Hasil Kerja Pelajar dan Pensyarah

Berikut merupakan beberapa poster yang telah dihasilkan oleh pelajar dan pensyarah dengan menggunakan CANVA. Kebanyakannya disiapkan dalam masa satu jam  Poster Pertandingan Video Kemerdekaan KMS 2017 anjuran Unit Kokurikulum  Poster sempena kejadian kebakaran Pusat tahfiz darul Quran Ittifaqiyah (dapat dihasilkan dalam masa 10 minit) Poster kelab Hoki dihasilkan oleh Nur Aqilah Bt Nor Azman (PST Modul 2) Berikut pula merupakan nota untuk matapelajaran Matematik, Fizik dan Biologi yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar. Matapelajaran Matematik, Tajuk : Differential Equation Dihasilkan oleh Kumpulan Pensyarah, Maths Guru Matapelajaran Matematik, Tajuk : Trigonometric Functions Dihasilkan oleh  Nur Shakirah Bt Shariman  (PST Modul 3) Matapelajaran Fizik, Tajuk : Unit Conversion Dihasilkan oleh Nursyafreena Najwa Bt Sarudin  (PST Modul 3) Matapelajaran Biologi, Tajuk : DNA Dihasilkan oleh Pavitha D...

Hasil Kerja Pelajar-Brochure

Berikut saya kongsikan hasil kerja pelajar yang tidak menggunakan CANVA dalam brosur, Topik Satu dalam Subjek Sains Komputer iaitu Introduction to IT.     Manakala, berikut ialah hasil kerja pelajar yang menggunakan CANVA