Skip to main content

Pengenalan

Abstrak

THINK-VISUALISE-SHARE


Semasa kita mempelajari sesuatu topik, kita akan mula mengerah otak kita untuk berfikir (think). Apabila kita berfikir, kita akan mula menjana idea. Jika kita hanya berfikir tetapi tidak menulis atau memvisualisasikan (visualise) idea kita, idea tersebut hanya akan disimpan di dalam kotak fikiran kita dan disimpan pada diri sendiri. Idea tersebut tidak akan berkembang malah mungkin akan hilang ditelan masa. Oleh itu, kita sangat digalakkan untuk berkongsi (share) idea kerana apabila kita berkongsi idea dengan sesiapa sahaja, kita dapat menjana lebih banyak idea dan berfikiran lebih kreatif untuk memperbaiki idea yang sedia ada. (melalui perbincangan/sumbangsaran/kritikan dengan mereka yang telah kita kongsikan idea itu)

CANVA helps us visualise our thinking, making thinking visible

Namun begitu masih ramai yang mempunyai masalah untuk berkongsi idea. Mereka tidak tahu bagaimana ingin berkongsi, tidak tahu medium untuk berkongsi, segan untuk berkongsi dan pelbagai lagi kekangan lain. Di sinilah gunanya perisian CANVA. CANVA membantu kita untuk memvisualisasikan idea melalui pelbagai produk yang kreatif seperti melalui poster, risalah, bulletin, peta minda, persembahan slaid dan macam-macam lagi. Selepas itu, kita boleh berkongsi semua produk kita dengan sesiapa sahaja.

Kumpulan Sasaran

Sebagai seorang guru, saya mengambil peluang ini untuk menggalakkan pelajar saya berkongsi idea/maklumat/ilmu baharu yang mereka pelajari di dalam kelas menggunakan perisian CANVA.  Pada sesi ini (2017/18), saya diamanahkan untuk mengajar Amali Sains Komputer untuk Modul 2 dan 3 PST. Oleh itu, saya telah berkongsi dengan pelajar tentang cara menggunakan CANVA

Selain pelajar, saya juga berkongsi tentang CANVA dengan pensyarah Sains Komputer dalam Wacana Ilmu. Saya berharap agar pensyarah-pensyarah Sains Komputer boleh berkongsi tentang CANVA ini dengan pelajar mereka dan semakin ramai yang beroleh manfaat.

Saya mengambil masa dari Julai ke September 2017 untuk memperkenalkan CANVA kepada pelajar dan pensyarah Sains Komputer

Perisian CANVA ini bukan sahaja dapat digunakan untuk subjek Sains Komputer, malah boleh digunakan dalam subjek lain seperti Matematik, Kimia dan Fizik. Ataupun digunakan untuk penghebahan maklumat di peringkat kolej seperti hebahan tentang program melalui poster dan buletin. Oleh itu, saya berharap agar penggunaan CANVA ini lebih meluas kepada semua warga Kolej Matrikulasi Selangor

Objektif

Inovasi ini mempunyai 3 objektif iaitu
  1. Menggalakkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan kritis
  2. Membantu pelajar memvisualisasikan idea mereka dalam pelbagai bentuk
  3. Menggalakkan pelajar berkongsi hasil kerja mereka dan memberi komen terhadap hasil kerja kawan-kawan.

Comments

  1. Pengisian yang sangat menarik! ^_^ I learn a lot from this and it make me become even more creative!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hasil Kerja Pelajar - Peta Pemikiran

Berikut saya kongsikan hasil kerja pelajar yang tidak menggunakan CANVA untuk Topik Dua iaitu Computer System  P elajar menggun akan peta pemikiran untuk membuat Nota Topik Dua     Peta Buih   Peta Dakap   Peta Bulatan Manakala berikut merupakan hasil kerja pelajar yang menggunakan CANVA. Hasilnya lebih cantik dan kemas. Peta Bulatan Peta Titi Peta Pokok  

Hasil Kerja Pelajar dan Pensyarah

Berikut merupakan beberapa poster yang telah dihasilkan oleh pelajar dan pensyarah dengan menggunakan CANVA. Kebanyakannya disiapkan dalam masa satu jam  Poster Pertandingan Video Kemerdekaan KMS 2017 anjuran Unit Kokurikulum  Poster sempena kejadian kebakaran Pusat tahfiz darul Quran Ittifaqiyah (dapat dihasilkan dalam masa 10 minit) Poster kelab Hoki dihasilkan oleh Nur Aqilah Bt Nor Azman (PST Modul 2) Berikut pula merupakan nota untuk matapelajaran Matematik, Fizik dan Biologi yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar. Matapelajaran Matematik, Tajuk : Differential Equation Dihasilkan oleh Kumpulan Pensyarah, Maths Guru Matapelajaran Matematik, Tajuk : Trigonometric Functions Dihasilkan oleh  Nur Shakirah Bt Shariman  (PST Modul 3) Matapelajaran Fizik, Tajuk : Unit Conversion Dihasilkan oleh Nursyafreena Najwa Bt Sarudin  (PST Modul 3) Matapelajaran Biologi, Tajuk : DNA Dihasilkan oleh Pavitha D...

Hasil Kerja Pelajar-Brochure

Berikut saya kongsikan hasil kerja pelajar yang tidak menggunakan CANVA dalam brosur, Topik Satu dalam Subjek Sains Komputer iaitu Introduction to IT.     Manakala, berikut ialah hasil kerja pelajar yang menggunakan CANVA